Saturday 5 November 2011

Menantangai Masalah Murid Yang Cuba Mengubah Jawapan Kertas Ujian

Peperiksaan akhir tahun sudah tamat. Kertas ujian sudah ditanda oleh saya dan sedia menyerah balik kepada anak muird saya. Kertas yang diserah balik ialah Kertas Penulisan Bahasa Melayu. Seperti biasa, saya berbincang jawapan kertas ujian bersama anak murid saya. Selepas tamat sesi perbincangan, seorang murid keluar dan memberitahu saya bahawa kertas ujian dia mempunyai kesilap menanda. Murid itu mendapat markah yang tinggi pada peperiksaan yang lalu. Tetapi kali ini keputusan dia merosot. Saya memerhati kertas ujian dia dan mendapati dia memadam jawapan yang salah dan diganti dengan jawapan yang betul. Pada permulaan, saya berasa sangat marah, kerana dia berani mengubah jawapan dan cuba menipu saya. Saya mengawal perasaan marah itu. Saya menanya murid itu :"baloikah oleh kerana ingin menambah markah anda, anda cuba menipu cikgu. Akhirnya cikgu tidak percaya anda lagi. Andaikan anda pelajar yang bersikap baik sebelum itu." Dia mengetahui saya sudah perasan penipuan dia. Saya terus menasihati dia:" kalau pencapaian kali ini anda berasa tidak puas hati, anda perlu berusaha dari sekarang. Cuba mendapat keputusan yang lebih baik pada tahun depan. Cikgu percaya anda masih seorang budak yang sangat jujur." Murid itu mengakui kesalahan dia dan balik ke tempat dia mengubah jawapannya ke bentuk asal.

No comments:

Post a Comment